Saturday, February 25, 2012

Salam Pengenalan

Salam pengenalan buat warga Apt Dahlia Taman Bunga Raya,di mana pada hari ini sempena dengan perlantikan baru Exco KRT Apt Dahlia,Tmn Bunga Raya maka wujud blog ini demi untuk menyebarkan info-info berguna untuk warga Apt Dahlia.

Pada hari sambutan Maulidur Rasul 1433h bersamaan 12Feb2012 selepas berakhir acara ceramah maka Mesyuarat perlantikan Pengerusi KRT Apt.Dahlia yang baru telah di adakan.Maka dengan resminya telah dipilih secara sebulat suara oleh semua penduduk yang hadir En.Tajudin bin Ali telah dilantik menjadi Pengerusi KRT yang baru bagi sessi tahun 2012~2014.

En.Tajudin Ali memberikan ucapan selepas perlantikan.

Dalam ucapan beliau selepas perlantikan beliau menyatakan amat terharu kerana diberikan kepercayaan oleh penduduk Apt Dahlia bagi menerajui KRT Apt Dahlia di Taman Bunga Raya ini dan berjanji akan memberikan sepenuh komitment dan tenaga bagi menjayakan segala aktiviti yang melibatkan penduduk di Apt Dahlia.

Sehubungan itu adalah amat di harapkan agar seluruh penduduk di Apt Dahlia ini  bersama-sama dengan Pengerusi dan AJK KRT saling bantu-membantu dan berkerjasama supaya terjalin semangat ukhwah dan kemesraan dalam segala aktiviti yang akan dilaksanakan kelak.

No comments:

Post a Comment